Wednesday, 6 July 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)
UNIT 1
LOKASI MALAYSIA
MENGENAL NEGARA KITA
Tema ini membincangkan lokasi Malaysia di Asia Tenggara, Benua Asia dan dunia.Malaysia yang terletak di Garisan Khatulistiwa mempunyai iklim panas dan lembap sepanjang tahun.Murid juga didedahkan dengan kawasan zon iklim dunia bagi melengkapkan pengetahuan mereka tetang iklim dunia.
Dari aspek fizikal,negara kita mempunyai pelbagai bentuk muka bumi yang mempunyai kepentingan tertentu.Di samping itu, murid juga dapat mengetahui tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar serta habitatnya.
Objektif
1.Mengenal lokasi Malaysia di Asia Tenggara, Benua Asia dan di dunia.
2.Mengenal pasti bentuk muka bumi dan kepentingannya.
3.Mengetahui cuaca, iklim, tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar di Malaysia dan luar negara.
Kedudukan Malaysia di Asia Tenggara
Lokasi Malaysia
Malaysia terletak di Asia Tenggara.
Asia Tenggara berada di Benua Asia. Mari kita lihat kedudukan negara kita dalam gambar di atas ⬆
INFO MURID KEDUDUKAN MALAYSIA DI ASIA TENGGARA
Negara-negara di Asia Tenggara telah membentuk satu pertubuhan,iaitu pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN)pada tahun 1967
MATA ANGIN
INFO MURID MATA ANGIN
Kompas digunakan oleh ahli pelayaran dan pengembara sebagai panduan ke sesuatu tempat
MATA ANGIN
Kedudukan sesebuah negara dapat ditentukan dengan menggunakan mata angin.
KEDUDUKAN MALAYSIA DI PETA DUNIA
BENUA DI DUNIA
Antara benua yang terdapat dalam peta di atas seperti
1.BENUA ASIA
2.BENUA OCEANIA
3.BENUA AMERIKA UTARA
4.BENUA AMERIKA SELATAN
5. BENUA EROPAH
6.BENUA AFRIKA
7.BENUA ANTARTIKA
Terdapat tujuh Benua di dunia seperti yang di atas⬆
BENUA DI DUNIA
BENUA DI DUNIA
Kamu boleh menyenaraikan benua yang terdapat di dunia.
UNIT 2 GEOGRAFI FIZIKAL
Malaysia mempunyai bentuk muka bumi yang indah. Iklim dan cuaca negara kita pula panas dan lembap sepanjang tahun.Oleh itu,banyak flora dan fauna terdapat di negara malaysia.
BENTUK MUKA BUMI
Malaysia berbangga kerana malaysia mempunyai bentuk muka bumi yang terdiri daripada tanah tinggi,tanah pamah,saliran,pinggir laut dan pulau.Setiap bentuk muka bumi tersebut penting kepada kita.
hidroelektrik
Hidroelektrik merupakan elektrik yang dijana oleh hidrokuasa. Kini kuasa hidroelektrik membekal kira-kira 715,000 MWe atau 19% daripada kuasa elektrik sedunia (16% pada tahun 2003), lebih daripada 63% jumlah kuasa elektrik yang diperolehi daripada sumber yang boleh diperbaharui pada tahun 2005.[1]
Walaupun penjana hidroelektrik yang besar menjana kebanyakan kuasa hidroelektrik di dunia, skema hidro kecil juga popular terutamanya di China, yang mempunyai lebih daripada 50% daripada kapasiti hidro kecil di dunia
MENJANA KUASA HIDROELEKTRIK
Stesen jana kuasa hidroelektrik dibina di kawasan tanah tinggi yna ada sumber air.
Contohnya,Empangan Batang Ai membekalkan kuasa elektrik ke kawasan kediaman dan perindustrian di Kuching dan bintulu.
HIDROELEKTRIK EMPANGAN BATANG AI
HIDROELEKTRIK EMPANGAN BATANG AI
Stesen jana kuasa hidroelektrik Empangan Batang Ai terletak di Banjaran Kapuas Hulu,Sarawak.
PELANCONGAN
Pernahkah kamu melawat Tanah Tinggi Cameron di Pahang ? Suhu yang nyaman dan pemandangan buki-bakau yang menghijau menarik pelancong.Aktiviti pelancongan ini mewujudkan peluang pekerjaan pekerjaan dalam industri perhotelan.
TANAH TINGGI CAMERON HIGHLAND
TANAH TINGGI
Keindahan bukit bakau yang ditanam pokok teh di Tanah Tinggi Cameron menarik pelancong.
TANAH PAMAH DAN KEPENTINGANYA
Tanah pamah merupakan kawasan tanah rendah yang datar dan beralun Di tanah pamah biasanya terdapat sungai,tasik atau paya.
PERTANIAN
Kamu boleh melihat banyaksayur-sayuran ditanam jika melawat Tanah Tinggi Kundasang.Di sini juga terdapat tanaman bunga-bungaan.Tanaman ini sesuai ditanam kerana kawasan ini bersuhu rendah
PERTANIAN
MERUJUK GAMBAR DI ATAS
Sayur-sayuran banyak ditanam di Tanah Tinggi Kundasang,Sabah.
KAWASAN PERTANIAN
KAWASAN PERTANIAN
Kawasan tanah pamah sesuai untuktanaman padi,kelapa sawit ,getah,nanas dan tebu.contohnya,padi banyak ditanam ditanam Dataran Kedah-Perlis dan Tanjong Karang,Selangor. Kelapa sawit dan getah banyak ditanam di Sabah,Pahang dan Johor.Nanas banyak ditanam di Johor. Tebu pula banyak ditanam di perlis.
Hasil daripada tanaman getah dan kelapa sawit menjadikan negara kita sebagai pengeksport getah dan kelapa swit
KAWASAN PERINDUTRIAN
Kawasan perindustrian seperti Shah Alam ,Pasir Gudang,Gurun dan Bintulu terletak di kawasan tanah rendah .Bangunan kilang yang besar hanya dapat dibina di kawasan yang rata.Pembinaan kilang di kawasan rata tidak memerlukan kos yang tinggi.
Dengan merujuk peta,dapatkah kamu mengenal pasti kawasan perindustrian tersebut?
KAWASAN PERINDUSTRIAN
JARINGAN PENGANGKUTAN
Jika kamu melalui lebuh Raya Utara-Selatan ,kamu mendapati sebahagian besar laluannya dibina di kawasan tanah pamah.Pembinaannya rendah .
Selain itu ,di tanah pamah dibina landasan kereta api, lapangan terbang dan landasan komuter.
Kemudahan jaringan pengangkutan telah memudahkan urusan seharian penduduk dan kegiatan ekonomi.
JARINGAN PENGANGKUTAN
TENTANG BLOG INI
Kalau anda hendak maklumat lain anda boleh pergi ke blog yang lain selain saya.......bye bye!!